Skip to main content

Jalan Jalan Cari KOPI XOXO



Hai semua, saje nak cerita. Baru-baru ni hari Khamis tadi 24/11/2015 saya pergi jalan-jalan cari makan di kedai Nora Danish iaitu Kopi XOXO !

Sebenarnya kebetulan pergi Bangsar sebab abang saya Amim Najmie ada urusan sikit dengan surat khabar Harian Metro. Retisss la kata kannn. HAHA!


Haa kalau dah kaki selfie tu memang setiap detik nak snap gambar. Kenangan kata nya. Hihihi. So, memandangkan kedainya kena naik tangga, kita selfie kat tangga dulu. Excited kan! :P


Bila dah sampai, laaa kecik je kedainya. Nampak dalam gambar macam satu kafe yang besar. Huhuhu.

Sebenarnya, teringin nak pergi sini sebab hari ahad tadi kakak saya pergi post gambar Pisang Cheese dalam group family. Cis! Tergoda taw. Hahaha! tu yang gigih nak pergi sini jugak.

So....Jom ikut misi saya iaitu Misi Mencari Berat Badan #MissionOne :D


Tadaaa! Bubur ni namanya "Bubur Betty" yang berharga RM14.90 satu! Hidangan boleh tahan, nampak menarik. Lain daripada yang lain. Sedap pun boleh tahan! Hmmmm...

Air pulak. Teh Ais x2, Teh O Ais x1 dan Kopi Xoxo x1. Kopi tu minum dalam teko kaw! Haaa selalu minum macam ni kat rumah je. Hahah


Makanan paling WAJIB ! Memang tujuan datang sini sebab teringin nak merasa Pisang Cheese warna-warni ni. Huhuhu dapat jugak akhirnya! Tenung la lama-lama, saje nak buat uolls terliur. Hihihi :P

Harga? Emmm harga nanti awak tengok lah sendiri harganya kat bawah. Hanya 2 jenis makanan dan 4 air yang diorder. Dan harganya............


Terpaksa besarkan gambar supaya uolls nampak. Huhuhu. Patut la ramai yang kata mahal. Emm memang agak mahal laa hanya makan bubur dan pisang cheese jer.

Air tu cawan standard, tapi harga agak melampau :'( Yelah, NAMA je yang mahal kan. Makanan biasa je macam tempat lain jugak. Takpe lah, saje teringin nak merasa Pisang Cheese dia kan...



Secara keseluruhannya :

KESEDAPAN MAKANAN

- Bubur Betty ni rasanya biasa-biasa je lah bagi saya. Boleh laaa. Sedap lagi mama buat kot. Hehee. Cuma, hidangannya tersusun dan pinggan yang agak cantik love-love gitu. Tu je yang buat mahal kot. No komen. krik krik krik

- Pisang Cheese dia pulak memang menarik dengan colourful yang ada 5 perisa. Original, Chocolate,  Chocolate Putih, Strawberry dan Blueberry. Kakak kata original yang sedap. Tapi tekak saya kata Chocolate Putih paling sedap! Ya, memang sedap. Tekak orang lain-lain kan. Sedap memang sedap. Tapi harga dia pun agak sedap lah. Emmmm

KESELESAAN DAN SUASANA

- Dari segi keselesaan agak terhad. Tak sesuai jika bawak anak kecil yang suka berlari-lari sebab tak puas nak lari. Hahaha faham-faham sudah la ye? :D

- Suasana memang classic dan style tapi agak kurang nyaman sebab terbuka dan......tak sama macam dalam gambar. Hahaha dalam gambar terbayang-bayang tempat tu satu cafe yang BESAR! No komen....krikkkk

LOKASI TAK STRATEGIK

- YA! Loksai langsung tak strategik. It means janji ada. Hmm agak mengecewakan. Tiada tempat parking, kawasan kecil dan berada di tengah-tengah kawasan jem! Oh mannnn.....terpaksa parking dekat petronas :( Tu pun kebetulan ada kosong.

Tempat parking tu ada, tapi kena berdouble-double. So? Takkan nak tutup parking orang depan, satu hal lagi kalau dia nak keluar camne pulak. Huuuu lalalalaaa tak nak komen dah. Pergi sendiri lah cuba! Hahah okey bye :D

Comments

Post a Comment

Your comment are welcome ;)

Popular posts from this blog

Chalet Mesra Pengkalan Balak, Melaka

9 / 2 / 2016 | Hari Pertama 9 Februari 2016, hari selasa yang merupakan hari kedua untuk Chinese New Year. Pagi itu juga kami ke Pengkalan Balak, Melaka selama 2 hari 1 malam je. Short vacation saja santai-santai buat BBQ tepi pantai. Sebelum pergi, macam biasa lah. Dah lawa-lawa, kita selfie dulu. Buat kenangan, kan. Lepas tu pulak, ada geng. Memang jadi photogragpher la masing-masing. Hehe Lighting terlebih ni lah jadinya. Padahal baru pukul 8.30am masa ni. Okey, sebenarnya saya sorang je yang menyibuk ikut family pakcik saya short vacation ni. Lagi pun, memang anak dia yang ajak. Buat teman katanya. Maklum lah, dia anak sulung. Dia sorang pulak tu perempuan. Haaa so takde geng la kan :D Kami sebenarnya ada 3 sepupu perempuan yang sebaya termasuk saya. Cuma ada lagi sorang tak ikut. Sorry geng, semua ni tak rancang. Next time kita vacation bertiga sama-sama okay? ;) Sebelum mulakan perjalanan, izinkan kami selfie dulu lah ye? Hehehe :P Kelas

Jalan Jalan Cari SHELL OUT

Ok! Hari ni saya nak bawak readers jalan-jalan cari Shell Out! Jom ikut misi saya iaitu Misi Mencari Berat Badan #MissionTwo :D #MissionOne Ada Di Sini Apa itu Shell Out ? Kalau nak tahu, Shell Out ni makanan yang tengah trend sekarang! Makan makanan laut ramai-ramai atas satu meja. Alaaa lebih kurang macam makan Nasi Ambang . Kalau orang jawa , tau laa macam mana makan Nasi Ambang tu. Hehehe Comel tak kami? :P Hahaha siap pakai apron lagi macam baby. Hihihi >,< Nak makan Shell Out ni memang kena pakai apron. Maklum laa nanti nak main ketuk-ketuk kaki Crab yang besar gedabak tu pakai tukul! :D  Ada disediakan tukul dan kepit khas untuk ketuk kaki ketam ;) Memang syok laa Setiap jenis makanan laut, ada sambal dan kuah yang tersendiri. Means, nak masak sambal ke, kari ke, butter garlic ke macam-macam lah. Boleh pilih! Dan nak pedas ke tak ke semua boleh pilih. Nanti chef yang masakkan, kita tinggal makan je :D Haaa! Kalau perut dah l

FESYEN BLOUSE MUSLIMAH TERKINI

Hai readers setia saya! Hari ni mood happy, so saya nak kongsi beberapa Fesyen Blouse Muslimah Terkini dengan anda semua. Maklum lah, zaman sekarang kan fesyen itu penting! :D Fesyen Muslimah sekarang ni memang tengah dapat sambutan yang hangat dan semakin mendapat permintaan yang tinggi! Sejak 2-3 tahun yang lepas, penggemar fesyen ni dijamu dengan bermacam-macam pilihan pakaian Muslimah yang modern and trendy . Sama jugak dengan kemunculan jenama-jenama pakaian Muslimah yang makin banyak kita boleh jumpa dekat media-media sosial online, tak pun dekat shopping mall. Ada yang minat dengan design hijab zaman sekarang, style jubah yang cantik-cantik and ada juga yang obses dengan fesyen Blouse Muslimah Terkini  macam saya. Hehehe. Semua blouse Muslimah  kat bawah ni sesuai dipakai untuk ke pejabat. Boleh juga dibuat sebagai pakaian kasual untuk berhujung minggu dengan kawan-kawan ataupun family. Jom tengok! This one adalah koleksi blouse M